Pages

Monday, August 30, 2010

Tazkirah Ramadan bersama Sheikh Asyraf, Imam Jamia'ah Al-Azhar

Dalam kesibukan melayari diri, n kerja2  seharian, aku terharu dengan lawatan Sheikh Asyraf  , yang juga merupakan Sheikul Azhar, Imam Jami’ah Al-Azhar. Ziarah & Tazkirah & juga pengijazahan Al-Fatihah oleh  beliau ke bumi Perlis ni, selepas pulang dari Perkampungan Qaryah Ramadhan di Qlate .




Sungguh berkesan dan terkesan tazkirah yang pendek itu pada aku pada malam e2... seolah-olah memang diketahui keadaanku dan ingin dituju pada diriku..

Dalam tazkirah tue, Tuan Sheikh banyak menyebut mengenai MUJAHADAH,. Beliau memulakan dengan membaca sepotong ayat dari AL-Quran yang aku tidak ketahui dari surah mana.

Tapi apa yang aku faham dari ayat tue, Allah akan bantu orang-orang yang bermujahdah dijalan Allah swt.
Tuan Sheikh memperingatkan bahawa mujahadah ini tidak cukup sekadar perang, walaupun kata asal mujahadah itu sendiri berasal dari perkataan “jaahada” ataupun Jihad.

Tetapi tuntutan jihad ini tidak cukup sekadar perang!

Diketika pulang rombongan perang badar, perang yang paling besar, nabi menyebut sesuatu yang men’tekezut’kan semua sahabat.  Nabi mengeluarkan statement bahawa ada lagi Jihad yang paling besar selepas ini!!.. Jihad melawan hawa nafsu  adalah jihad yang terbesar sabda Nabi saw.


Jihad ini perlu difahami sejelasnya! Untuk berperang kita perlukan mujahadah, untuk beribadat kita juga memerlukan  mujahadah, untuk hidup kita sangat memerlukan mujahadah.

Pesan Sheikul,

Ambillah kesempatan Ramadahan kali ini untuk kita nak bermujahadah dengan Qiyamullail, bermujahadah juga dengan Al-Quran, kitabullail,
Bermujahadah juga dengan  banyak bersujud.

Sungguh tertarik dengan satu kisah yang Sheikh  ceritakan yang dipetik dari hadis Nabi saw,
Nabi Bertanya kepada para sahabat,  sekiranya diberi peluang kepada kamu untuk membuat permintaan, apa yang akan kamu minta?
Sahabat menjawab “aku ingin meminta supaya aku dapat menemanimu di dalam syurga nanti!”
Nabi bertanya lagi, apa benar itu yang menjadi hajatan sahabat? Apa tiada yang lain?
Sahabat menjawab “ya, itulah yang paling aku idamkan!”
Akhirnya nabi menutup bicara dengan berpesan agar “memperbanyakkan Sujud”

Nabi juga bermujahadah bahkan dialah diantara manusia yang paling kuat mujahadahnya. Kita dapat lihat dapat Mujahadah nabi dalam ibadahnya sehingga bengkak-bengkak kaki nya  dan ditanya oleh isterinya  kenapalah pulun sungguh beribadah ni sedangkan engkau sorang nabi, yang maksum dan juga dijamin masuk syurga.

Nabi dengan penuh tawaduk menjawab “apakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur??”
Apakah kita sudah cukup syukur kita...? ermmm.. perlu lebih banyak mujahadah ni...

Yang terakhir, Tuan Sheikh ada menyebut  diantara mujahadah yang baik adalah membersihkan hati dari bertemu dengan penyakit-penyakit yang boleh merosakkan segala jenis amala& pahala.

Tuan Sheikh memberi pesan, cara bagaiman nak perbaiki hati adalah dengan  banyak bersama dengan orang-orang soleh dan wujud biah solehah.

Carilah sahabat-sahabat yang baik, sahabat yang kita thiqah, sahabat yang selalu ingatkan kita tentang kehidupan selepas mati, sahabat yang apabila kita lihat wajahnya, kita menjadi sayu dan terasa rapat dengan Allah swt. (kita pun  perlu  gak  bina diri menjadi ‘sahabat’ dahulu...)

Carilah yang kesemua yang baik ini  untuk menjadi murabbi kita, seorang yang mengajar dan menegur kita...

p/s:  Ayuh, kita tingkatkan mujahadah kita!!! Di Bulan Mujahadah ini... InsyaALLAH Al-Qadr akan kita temui di akhir Ramadan ini...!!!! Takbir...

Monday, August 23, 2010

TAZKIRAH HARIAN

Assalamu alaikum warahmatullah,

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
(ayat berbentuk pidato sedikit, sebab tngah prepare bahan-bahan untuk tazkirah harian di Kolej-kolej...)

Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih
yang kita hadiri pada malam ini. Solat ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“ Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan,
tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam
bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah
dosa-dosanya yang telah lalu.” “

Cukuplah bagi kita hadis Nabi (saw) ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk
solat tarawih. Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan dari dosa-dosa
yang telah lalu.

Saudara-saudari yang budiman,

Kita semua orang yang berdosa.. maka marilah kita merebut peluang untuk mendapatkan
keampunan bagi dosa-dosa kita.

Satu perkara yang harus diperhatikan ialah syarat yang diletakkan oleh Nabi (saw) untuk
mendapat pengampunan dosa yang telah lalu ialah kita bangun bersolat dengan “imaanan
wah tisaaban” yang diterjemahkan sebagai kerana “ iman dan mengharapkan keredhaan
Allah”. Maknanya kita memastikan ketulusan iman, keikhlasan niat, penyerahan yang
redha kepada Allah. Ia bermakna kita perlu berusaha meningkatkan kualiti tarawih kita.

Satu perkara yang sering menjadi bahan polemik mengenai tarawih ialah bilangan
rakaatnya. Ada pula yang menimbulkan polemik lain; solat berseorangankah yang baik
atau berjamaah? Sikap terbaik dalam hal ini ialah kita berlapang dada dengan perbezaan
pendapat yang wujud ini tanpa memperkecilkan atau meremehkan salah satu pendapat
yang lain. Polemik ini akan tidak berkesudahan kerana masing-masing mempunyai
kekuatan hujjahnya masing-masing.

Yang penting, pilihlah satu pendapat yang kita yakini hujjahnya dan berusahalah mencari
jalan bagi mendapatkan solat tarawih yang paling berkualiti. Ini mungkin bermakna kita
akan solat di surau berdekatan rumah kita atau kita terpaksa bersolat di masjid atau surau
yang jauh dari rumah kita. Atau mungkin ia bermakna kita akan solat sendirian atau
bersama keluarga di rumah.

Saudara-saudari yang budiman,

Thursday, August 19, 2010

Awas apabila ketawa...!

Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke, movie2 lawak skrang nih ke..)
kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita
ni digeletek oleh kelakuan pelawak2. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di
Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat.
Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang
tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang
terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di
luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan
mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Ngomong2 di beranda masjid,
 bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak.
dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang
mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2
dan mengilai2 lagi gamat"
"KAH KAH KAH KEH KEH KEH"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi
dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia
menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku,"
kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat,
laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH
KEH KEH"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia
sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud:

"Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana
merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang
pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk
membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh
Allah..".

sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan
daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan
hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa
yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa
sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya
bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah
tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah
kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah'
kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH
KEH KAH KAH KAH KAH"




Wednesday, August 18, 2010

kini aku kenal erti kelainan...

kini aku kenal  erti kelainan...

selalu disebut 'sama tapi tidak serupa'

YA!, hari ini aku kenal...

ada beza diantara disana dan disini,
ada beza diantara itu dan ini,
ada beza diantara mereka dan kita,
ada beza diantara aku dan dia,
ada beza diantara lelaki dan perempuan
ada beza diantara manusia dan binatang,
ada beza diantara muslim dan kafir,
ada beza diantara berseorang dan berkumpulan,
ada beza diantara memahami dan tidak memahami,
ada beza diantara yang mengetahui dan yang tidak mengetahui
ada beza diantara berjuang dan tidak berjuang
ada beza diantara ahli syurga dan ahli neraka,



kerana a-Syahid Imam Al-Hassan Al-Banna pernah menyebut

"Biarlah tingkah & amal yang menceritakan siapa kita,
 tidak sama orang yang bercakap dengan orang beramal, 
tidak sama  orang yang beramal dengan orang yang berjihad,
 tidak sama  orang  yang berjihad dengan orang yang berjihad dengan serius"




Aku juga berterawih!!

 Salam  Ramadhan al-Mubarak.  Ramai yang bertanya tanya... Ustaz tak pi solat terawih ker??
Aduss, soalan assumption mudah dituju pada aku... beginilah sahabat-sahabat, nak royat beri,... sebelum tue, aku memohon ribuan kemaafan kepada sahabat2, maaf juga pada semarak... Ketidak hadiranku ke Surau Semarak bukan bermakna aku tidak berterawih.

Diatas pertimbangan dakwah, aku mengambil keputusan untuk turun berterawih di surau kolej-kolej kediaman lain pada setiap hari. Samaada menjadi Imam @ menjadi makmum. Yang penting Tazkirah & Tadarus mesti dihidupkan.  Memperlihatkan surau di Semarak yang telah diurus tadbir oleh orang-orang kampung dan imamnya pun dijemput Imam Al-Hafiz, jadi diatas sebab inilah aku memilih untuk turun ke kolej kediaman lain untuk memantau & berkongsi idea bagi memastikan bulan Ramadan Kali ini benar-benar bermakna bagi setiap mahasiswa/i UniMAP.

Walau tiada sebarang jawatan, walau tidaklah berkuasa,

Aku akan terus berjuang untuk melihat Islam Terus tersyiar di UniMAP dan Perlis keseluruhannya!!

Perjuangkan Islam tidak bermakna Pembangkang!!

Telahku guna pelbagai cara, daripada mewujudkan AJK SURAU yang akhirnya diharamkan sehinggalah  menuntut  mewujudkan Pilihan Raya Kampus. Tetapi ini semua tidak akan ku jadikan sebagaikan alasan untuk aku futur dari memperjuangkan meninggikan Kalimah Allah & meruntuhkan kemungkaran.

Aku melihat hari ini, sudah ramai yang makin jauh dari Islam. . bulan Ramadan kali ini umpama tidak ada apa-apa. Bahkan ada juga beberapa ulasan didalam FB yang mencemuh kedatangan Ramadan. Apalah salah Ramadan ini, sehingga ada yang sanggup berkata ..’Jika nampak aku berbogel jangan hairanlah kerana ia sebagai tanda protes aku pada kedatangan Ramadan!

Astaqfirullahal a’zim,..

Usaha-usaha memahamkan orang pada Islam bukan suatu yang mudah, lebih-lebih lagi memastikan ilmu itu diamalkan.. bukan suatu yang mudah tetapi tidak mustahil bagiku.

Sudah berapa tahun aku bersama rakan-rakan sekelas dan  sahabt sekeliling. Al-Hamdulillah, bersabar dengan mad’u, hari ini, aku dapt apa yang Allah janjikan!!... tidak mudah dilafazkan dan diceritakan...  cumanya aku sangat berharap mereka akan terus beristiqamah & mengamalkan gaya hidup Islam dan terus memperjuangkan Islam walaupun aku tiada disisi & disini lagi...

Seandainya tidak mampu mereka menjadi pendokong, mereka menjadi penyokong pun jadilah, kalu x mampu nak jadi penyokong, aku doakan mereka tidak menentang, kerana yang menetang perjuangan Islam ini hanyalah Syaitanir Rajim.

Monday, August 16, 2010

NIAT PUASA; Mudahnya Islam!

"Aduuss, terlupa niat lah pula semlam..!" -mengeluh salah seorang ank buah
"da niat sebulan?" - aku bertanya cuba membantu
"x pun bang..." - huhu  -_-


        Aku pun cuba mendapatkan kepastian hukum dari Ustaz Nizam, Ustaz yang selalu aku bertanya padanya.. ilmunya, tidak sangga tingginya...

'Assalamualaikum Ustaz, maaf saya menganggu'
' xpa2' -ustaz mebenarkan...
'saya berhajat nak tanya satu soalan..."
'silakan'
'Adakah benar apabila kita sudah berniat puasa sebulan, kita sudah tidak perlu niat lagi pada setiap malam??'- aku memulakan soalan umum dahulu....

Sunday, August 15, 2010

Anda Malu Bertanya???

 Soalan Lazim Puasa Dengan Jawapan Ringkas    


Soalan:         Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur, adakah sah puasanya?

Jawapan:     Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.



Soalan:         Seseorang yang mengalami keadaan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?

Friday, August 13, 2010

Coretan Malam Pertama Ramadhan - Mudir MATIN






oleh: Al-Fadhil Ustaz Yussaine Yahya


Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat sekalian,


Segala puji kita panjatkan kepada Allah SWT atas nikmat Ramadhan pada tahun ini. Panjangnya umur kita dan kekuatan yang kita perolehi sehingga kita dapat melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan pada tahun ini adalah kerana belas kasihan Allah SWT kepada kita. Kenapa ? :

Pertama ; Ramadhan tidak seperti tetamu yang biasa kita terima. Kunjungan Ramadhan itu adalah dengan seribu rahmat, keampunan serta pembebasan dari neraka. Ramadhan adalah utusan Allah yang datang kepada kita untuk membersihkan dosa-dosa kita. Keagungan Ramadhan itu adalah kerana setiap malam Allah bebaskan sejuta hambaNya dari api neraka. Menurut Rasulullah SAW , sejuta yang dibebaskan batang tengkuk mereka dari neraka itu adalah yang sudah ditetapkan untuk masuk neraka. Namun kerana kemurahan Allah dan keagungan Ramadhan maka mereka dibebaskan Allah dari neraka. Allahu Akbar !

Kedua ; Rasulullah SAW telah memerintahkan Saidatina Aisyah untuk membanyak permohonan doa agar diberikan keampunan terhadap dosa. Dalam masa yang sama Rasulullah SAW telah memberikan khabar gembira bahawa setiap detik saat yang berlalu di dalam bulan Ramadhan adalah dipenuhi dengan saat yang sangat maqbul dan doa diperkenankan. Antara saat istijabah yang pasti adalah waktu sahur serta waktu hampir dengan berbuka. Inilah peluang dan saat yang dinantikan oleh setiap hamba yang punya banyak permasalahan dengan Tuhannya. Berdoalah nescaya permohonanmu doperkenankan. Namun ingat, mereka yang mensyirikkan Allah serta yang memutuskan tali silaturrahmi tidak akan diangkat doa mereka oleh Allah SWT. Oleh itu sambungkanlah tali silaturrahmi yang terputus serta bertaubatlah dari dosa syirik pada Allah. Antara adab berdoa :

1~Jangan lupakan Tahmid dan selawat di awal dan dihujung doa.
2~Berdoalah dalam keadaan engkau yakin doamu akan dimaqbulkan.
3~Jangan doakan permusuhan dan kemusnahan orang lain.
4~Berdoalah dengan penuh kerendahan hati dan pengharapan.

Ketiga ; Saiyyiduna Salman al Farisi menceritakan bahawa Rasulullah SAW di dalam khutbah sambutan Ramadhan telah menyatakan bahawa setiap amalan sunat di dalam bulan Ramadhan diberikan pahala yang sama dengan amalan fardhu sementara amalan fardhu diberikan pahala yang menyamai 70 amalan fardhu di bulan lain.Alangkah hebatnya BONUS Ramadhan.

Keempat ; Tak sama keluar duit belanja orang makan di bulan Ramadhan dengan di luar Ramadhan. Memberi makan orang yang berpuasa mendapat keampunan dosa serta mengenyangkan orang yang berpuasa akan mendapat syafaat minum dari telaga Al Kautsar di akhirat kelak (sunan Imam at Turmuziy).

Kelima ; Buat para pejuang agama, Ramadhan adalah mukhaiyyam tarbawi untuk kita semua. Di dalamnya ada pengisian untuk jiwa kita. Iman kita disegarkan semula. Nafsu dilemahkan dan ditundukkan. Ramadhan adalah bulan amal tarbawi untuk kita meraih taqwa yang menjadi syarat utama dikurniakan pertolongan dan kemenangan oleh Allah.

Moga kita dipilih oleh Allah untuk dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT agar dapat kita hidupkan dan imarahkan Ramadhan ini dengan ibadah,infaq,zikir,selawat,tilawah serta mujahadah dan riyadhah imaniyah. Allahumma Amien.

ehsan: kekoh

10 Perkara Sepanjang Hari Di Bulan Puasa

Tuesday, August 10, 2010

10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

Salam 1 Ramadan,    moga kita semua senantiasa berada dalam kesegaran iman hari ini... apa khabar kita hari ini?? apa khabar iman kita hari ini???  esok dah nak puasa kan?? so, hari ini duk sibuk-sibuk tengah planning utk Final Year Project, saya nak semak semula semua persiapan  apa yang telah disetelkan sebelum Ramadan esok nih... ERmm....


1)  Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan, “Barang  siap yang  dihatinya  merasa  gembira  akan  kedatangan  bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka Al-hadith     ~ Setel



2)  Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan para  sahabat  atau  kerabat  anda,  dimana  setiap  hari  anda  berhubungan dengannya,  lupakan  kesalahan  saudara  Muslim                                                              anda  yang  pernah  terjadi selama anda berhubungan

3)  Bersihkan  pakaian  taqwamu  dari  hadas,  najis  mahupun  penyakit  hati  (iri, dengki,                 hasad,    hasut,    tamak,    haloba,    sombong,    mencela,   dendam, berbohong)                 sebelum ,              ketika      menjalankan   ibadah                   puasa            mahupun sesudahnya

4)  Niatkan  dalam  hati  untuk  melaksanakan  ibadah  puasa  ini  dengan  penuh kesungguhan  dan  sekuat  tenaga  untuk  mejalankan  juga  ibadah   ibadah nafila (tambahan)

5)  Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam ditempat anda.

6)  Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu

7)  Lakukan  aktiviti  biasa  anda  sehari-hari  dan  tingkatkan  kualitinya  selama Ibadah  puasa,  tinggalkan  perbuatan  maksiat  dan  perbuatan  yang  sia-sia tanpa nilai pahala

8)  Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah dan perbayak bersabar.

9)  Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak                               kegiatan    ibadah)    selama    10    (sepuluh)   hari    terakhir Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu

10)Ingatlah,  bukan  pakaian  yang  baru  yang  diterima  disisi  Allah  SWT  tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.






~p/s: Jangan lupa niat posa sebulan malam nie.. eh, sok posa ka??



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails