Pages

Thursday, August 19, 2010

Awas apabila ketawa...!

Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke, movie2 lawak skrang nih ke..)
kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita
ni digeletek oleh kelakuan pelawak2. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di
Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat.
Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang
tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang
terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di
luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan
mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Ngomong2 di beranda masjid,
 bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak.
dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang
mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2
dan mengilai2 lagi gamat"
"KAH KAH KAH KEH KEH KEH"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi
dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia
menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku,"
kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat,
laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH
KEH KEH"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia
sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud:

"Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana
merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang
pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk
membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh
Allah..".

sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan
daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan
hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa
yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa
sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya
bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah
tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah
kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah'
kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH
KEH KAH KAH KAH KAH"




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails