Dalam kesibukan melayari diri, n kerja2 seharian, aku terharu dengan lawatan Sheikh Asyraf , yang juga merupakan Sheikul Azhar, Imam Jami’ah Al-Azhar. Ziarah & Tazkirah & juga pengijazahan Al-Fatihah oleh beliau ke bumi Perlis ni, selepas pulang dari Perkampungan Qaryah Ramadhan di Qlate .
Sungguh berkesan dan terkesan tazkirah yang pendek itu pada aku pada malam e2... seolah-olah memang diketahui keadaanku dan ingin dituju pada diriku..
Dalam tazkirah tue, Tuan Sheikh banyak menyebut mengenai MUJAHADAH,. Beliau memulakan dengan membaca sepotong ayat dari AL-Quran yang aku tidak ketahui dari surah mana.
Tapi apa yang aku faham dari ayat tue, Allah akan bantu orang-orang yang bermujahdah dijalan Allah swt.
Tuan Sheikh memperingatkan bahawa mujahadah ini tidak cukup sekadar perang, walaupun kata asal mujahadah itu sendiri berasal dari perkataan “jaahada” ataupun Jihad.
Tetapi tuntutan jihad ini tidak cukup sekadar perang!
Diketika pulang rombongan perang badar, perang yang paling besar, nabi menyebut sesuatu yang men’tekezut’kan semua sahabat. Nabi mengeluarkan statement bahawa ada lagi Jihad yang paling besar selepas ini!!.. Jihad melawan hawa nafsu adalah jihad yang terbesar sabda Nabi saw.
Jihad ini perlu difahami sejelasnya! Untuk berperang kita perlukan mujahadah, untuk beribadat kita juga memerlukan mujahadah, untuk hidup kita sangat memerlukan mujahadah.
Pesan Sheikul,
Ambillah kesempatan Ramadahan kali ini untuk kita nak bermujahadah dengan Qiyamullail, bermujahadah juga dengan Al-Quran, kitabullail,
Bermujahadah juga dengan banyak bersujud.
Sungguh tertarik dengan satu kisah yang Sheikh ceritakan yang dipetik dari hadis Nabi saw,
Nabi Bertanya kepada para sahabat, sekiranya diberi peluang kepada kamu untuk membuat permintaan, apa yang akan kamu minta?
Sahabat menjawab “aku ingin meminta supaya aku dapat menemanimu di dalam syurga nanti!”
Nabi bertanya lagi, apa benar itu yang menjadi hajatan sahabat? Apa tiada yang lain?
Sahabat menjawab “ya, itulah yang paling aku idamkan!”
Akhirnya nabi menutup bicara dengan berpesan agar “memperbanyakkan Sujud”
Nabi juga bermujahadah bahkan dialah diantara manusia yang paling kuat mujahadahnya. Kita dapat lihat dapat Mujahadah nabi dalam ibadahnya sehingga bengkak-bengkak kaki nya dan ditanya oleh isterinya kenapalah pulun sungguh beribadah ni sedangkan engkau sorang nabi, yang maksum dan juga dijamin masuk syurga.
Nabi dengan penuh tawaduk menjawab “apakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur??”
Apakah kita sudah cukup syukur kita...? ermmm.. perlu lebih banyak mujahadah ni...
Yang terakhir, Tuan Sheikh ada menyebut diantara mujahadah yang baik adalah membersihkan hati dari bertemu dengan penyakit-penyakit yang boleh merosakkan segala jenis amala& pahala.
Tuan Sheikh memberi pesan, cara bagaiman nak perbaiki hati adalah dengan banyak bersama dengan orang-orang soleh dan wujud biah solehah.
Carilah sahabat-sahabat yang baik, sahabat yang kita thiqah, sahabat yang selalu ingatkan kita tentang kehidupan selepas mati, sahabat yang apabila kita lihat wajahnya, kita menjadi sayu dan terasa rapat dengan Allah swt. (kita pun perlu gak bina diri menjadi ‘sahabat’ dahulu...)
Carilah yang kesemua yang baik ini untuk menjadi murabbi kita, seorang yang mengajar dan menegur kita...
p/s: Ayuh, kita tingkatkan mujahadah kita!!! Di Bulan Mujahadah ini... InsyaALLAH Al-Qadr akan kita temui di akhir Ramadan ini...!!!! Takbir...
No comments:
Post a Comment