Pages

Sunday, August 15, 2010

Anda Malu Bertanya???

 Soalan Lazim Puasa Dengan Jawapan Ringkas    


Soalan:         Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur, adakah sah puasanya?

Jawapan:     Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.



Soalan:         Seseorang yang mengalami keadaan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?


Jawapan:     Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.



Soalan:         Apakah  hukum  orang  yang  berpuasa  yang  makan  dengan  terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?

Jawapan:     Sah  puasanya  kerana  itu  adalah  rezeki  daripada  Allah.     Sabda Rasullah  s.a.w  yang  bermaksud  “Sesiapa  yang  makan  atau  minum  dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t. kepadanya”.



Soalan:         Adakah  sah  niat  puasa  di  malam  30  Syaaban  sedangkan  hati seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan?

Jawapan:     Tidak sah niat tersebut.



Soalan:         Apakah    hukumnya    bagi    perempuan    yang    mengandung   atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?

Jawapan:     Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:

a. Kerana keuzuran dirinya sendiri b.  Kerana menjaga kesihatan anak

Keterangan:
a.  Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada sahaja.
b.  Kalau  berbuka  puasa  kerana  mahu  menjaga  kesihatan  anak  bukan  dirinya,
wajib qada dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c.  Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qadha’ sahaja.


Soalan:         Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadha puasa untuknya? Jawapan:                       Tidak boleh diqadhakan puasa kepada orang yang masih hidup.


Soalan:         Apakah hukum bersahur? Jawapan:                       Hukumnya sunat.
Soalan:         Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya? Jawapan:        Sah puasa tapi di galakkan mempercepatkan berbuka bila tiba waktu
berbuka.



Soalan:         Adakah    pahala    membaca    Al-Quran   dan   bersedekah   di    bulan
Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?

Jawapan:     Pahala  membaca  Al-Quran  dan  bersedekah  di  bulan  Ramadhan adalah berganda.



Soalan:         Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?

Jawapan:     Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.



Soalan:         Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?

Jawapan:     Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha pada bulan-bulan yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu  tiada  darah  nifas  maka   harus  dia  meninggalkan  puasa  kerana  menjaga kesihatannya dan wajib qadha pada bulan-bulan yang lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails