Pages

Wednesday, August 18, 2010

Aku juga berterawih!!

 Salam  Ramadhan al-Mubarak.  Ramai yang bertanya tanya... Ustaz tak pi solat terawih ker??
Aduss, soalan assumption mudah dituju pada aku... beginilah sahabat-sahabat, nak royat beri,... sebelum tue, aku memohon ribuan kemaafan kepada sahabat2, maaf juga pada semarak... Ketidak hadiranku ke Surau Semarak bukan bermakna aku tidak berterawih.

Diatas pertimbangan dakwah, aku mengambil keputusan untuk turun berterawih di surau kolej-kolej kediaman lain pada setiap hari. Samaada menjadi Imam @ menjadi makmum. Yang penting Tazkirah & Tadarus mesti dihidupkan.  Memperlihatkan surau di Semarak yang telah diurus tadbir oleh orang-orang kampung dan imamnya pun dijemput Imam Al-Hafiz, jadi diatas sebab inilah aku memilih untuk turun ke kolej kediaman lain untuk memantau & berkongsi idea bagi memastikan bulan Ramadan Kali ini benar-benar bermakna bagi setiap mahasiswa/i UniMAP.

Walau tiada sebarang jawatan, walau tidaklah berkuasa,

Aku akan terus berjuang untuk melihat Islam Terus tersyiar di UniMAP dan Perlis keseluruhannya!!

Perjuangkan Islam tidak bermakna Pembangkang!!

Telahku guna pelbagai cara, daripada mewujudkan AJK SURAU yang akhirnya diharamkan sehinggalah  menuntut  mewujudkan Pilihan Raya Kampus. Tetapi ini semua tidak akan ku jadikan sebagaikan alasan untuk aku futur dari memperjuangkan meninggikan Kalimah Allah & meruntuhkan kemungkaran.

Aku melihat hari ini, sudah ramai yang makin jauh dari Islam. . bulan Ramadan kali ini umpama tidak ada apa-apa. Bahkan ada juga beberapa ulasan didalam FB yang mencemuh kedatangan Ramadan. Apalah salah Ramadan ini, sehingga ada yang sanggup berkata ..’Jika nampak aku berbogel jangan hairanlah kerana ia sebagai tanda protes aku pada kedatangan Ramadan!

Astaqfirullahal a’zim,..

Usaha-usaha memahamkan orang pada Islam bukan suatu yang mudah, lebih-lebih lagi memastikan ilmu itu diamalkan.. bukan suatu yang mudah tetapi tidak mustahil bagiku.

Sudah berapa tahun aku bersama rakan-rakan sekelas dan  sahabt sekeliling. Al-Hamdulillah, bersabar dengan mad’u, hari ini, aku dapt apa yang Allah janjikan!!... tidak mudah dilafazkan dan diceritakan...  cumanya aku sangat berharap mereka akan terus beristiqamah & mengamalkan gaya hidup Islam dan terus memperjuangkan Islam walaupun aku tiada disisi & disini lagi...

Seandainya tidak mampu mereka menjadi pendokong, mereka menjadi penyokong pun jadilah, kalu x mampu nak jadi penyokong, aku doakan mereka tidak menentang, kerana yang menetang perjuangan Islam ini hanyalah Syaitanir Rajim.

1 comment:

Fahri Abdullah said...

alhamdulillah. post yg punyai roh yg membngkitkn semnagt shbt2 len. terus bergerak sehingga nadi terhenti. allahuakbar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails