Pages

Sunday, August 1, 2010

Tarhib Ramadhan







Persiapan-persiapan menyambut Pesta Ibadah Ramadhan:
1.       I’dad maknawiy (Persiapan Spiritual)
1)      Menimbulkan kerinduan kepada bulan   ramadhan (cth: dengar nasyid-nasyid ramadhan)
2)      Memperbanyakkan doa agar selamat ditemukan dengan Ramadhan


Allahumma baariklana fii rajab wa Syaaban, wa balighna Ramadhan!”
“Ya Allah, berkatilah kami di Bulan Rejab dan Sya’ban, dan temukanlah kami dengan Ramadhan.”


 


3)      Baca fadhilat-fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan
4)      Mengenang kembali saat-saat manis Ramadhan yang lepas.


2.       I’dad Fikriy (Persiapan Intelektual)
1)      Ulangkaji ilmu-ilmu asas tentang Fiqh Siyam
-batal puasa, sunat puasa, makruh puasa, isu-isu wanita dan lain-lain.


3.       I’dad Kitabiy (Persiapan Bertulis)
1)      Sasaran ibadah sepanjang Ramadhan (individual/kolektif)
2)      Tulis dan lekatkan hadis-hadis/ayat-ayatQuan/kata-kata semangat di dalam bilik, rumah dan lain-lain.
3)      Naikkan banner, kain rentang dan poster di kolej, universiti, sekolah dan lain-lain.
4)      Rancang program-program ihya’ Ramadhan- tadarus Quran, Iftar Jamaie, qiam, iktikaf dan lain-lain.



4.       I’dad Maaliy (Persiapan Harta Benda)
1)      Sediakan bahagian untuk diinfaqkan/sedekah/jamuan iftar
2)       
Aisya RA berkata “Rasulullah SAW jika masuk bulan Ramadhan membebaskab setiap tawanan dan memberi kepada setiap orang yang meminta.”
(HR Baihaqi)

“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahalanya.” (HR Ahmad dan tarmidzi)


3)      Sediakan bahagian untuk program-proram ihya’ Ramadhan/risalah/poster dan lain-lain.
4)      Zakat fitrah


5.       I’dad Jasadiy (Persiapan Fizikal)
1)      Pastikan tubuh badan sihat dan bersedia untuk berPESTA IBADAH
2)      Bersihkan tempat dan peralatan ibadah.

6.       I’dad Amaliy (Persiapan Amalan)
1)      Tunaikan puasa yang tertinggal tahun lepas.
2)      Warm up dengan puasa sunat isnin khamis, Extra tilawah Quran, solat sunat dan lain-lain.

Abdurrazzaq bin Amr bin Dinar meriwayatkan bahawa seseorang datang berjumpaAbu Hurairah RA. Dia mengadu, “Aku berpuasa, tapi aku makan dan minum kerana lupa.” ‘Tidak apa-apa, Allah-lah yang telah memberimu makan dan minum.” Jawab Abu Hurairah. Orang itu pun mengeluh lagi, “setelah itu, aku berkunjung ke rumah yang lain. Aku terlupa (untuk kali kedua) dan aku pun makan lagi” Abu Hurairah RA berkata, “Engkau orang yang belum biasa melaksanakan puasa.”

3)      Muhasabah amalan tahun lepas.

Penutup:
“Puasa itu untukku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan ketika berjumpa dengan Tuhan-Nya. Sesungguhnya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari aroma kasturi.” (muttafa ‘Alaih)
Wallahua’lam..



Selamat berPESTA RAMADHAN!

Sumber diambil dari pengisian oleh Saudara Azraai Ahmad. (23/8/2008, Masjid Bangsar)
http:/ibnu-ahmadiy.blogspot.com/

2 comments:

N A U R A H said...

perkongsian y baik n bermanfaat..ramadhan..

wanHikm@h said...

jazakallah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails